Tuesday, December 2, 2008

BN BARANG NAIK KE?

Semasa pilihanraya ke 12 baru-baru ini Pakatan Rakyat mencanangkan bahawa Barisan Nasional (BN) sebagai barang naik. Inilah strategi yang digunakan oleh pembangkang dalam meraih undi. Namun apa yang berlaku sekarang ini hanyalah omong kosong. Bila naik harga barang dislahkan kerajaan kerana menaikkan harga minyak. Bila harga minyak diturunkan
harga barang tidak diturunkan. Ini bermakna kuasa harga barang terletak ditangan pengeluar, pemborong dan peruncit yang menentukan harga sesuatu barang.
Apakah yang berlaku setelah pilihanraya di negeri-negeri yang diperintah pembangkang. Harga barang tetap sama di semua negeri malahan lebih mahal daripada negeri-negeri yang diperintah Barisan Nasional. Inilah strategi pakatan rakyat, hanya membuakkan cerita-cerita yang yang tidak benar dan diterima pula bulat-bulat oleh rakyat. Apa yang kita dapat apabila Pakatan Rakyat memerintah? Harga barang turun? ternakan babi berleluasa? Hukum Islam?