Saturday, September 27, 2008

PERLUKAH PERALIHAN KUASA MAC

Umum telah mengetahui MT Umno telah bersepakat mengadakan Perhimpunan Agong UMNO pada mac tahun hadapan. Keputusan ini dikatakan adalah kehendak akar umbi. Apakah ianya merupakan kehendak akar umbi atas kehendak pihak atasan. kalau kehendak akar umbi mengapa tidak menunggu persidangan Bahagian selepas menyambut Aidilfitri ini. Kenapa menipu ahli-ahli UMNO untuk kepentingan peribadi.
Harapan agar ketelusan dalam membuat sesuatu keputusan supaya dihormati dan diterima oleh semua ahli yang sayangkan UMNO bukan untuk menjaga peribadi mana-mana pihak. Tun Dr Mahathir pun pernah menjelaskan kenapa beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dalam keadaan memerlukannya. beliau secara sinis menjawab berhenti sebelum kenyang. Harapan ahli-ahli yang sayangkan UMNO adalah melihat kerajaan yang mementingkan kebajikan rakyat ini terus berkuasa. Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO juga memerlukan perubahan drastik dalam meyakinkan UMNO adalah satu-satunya parti "KERAMAT" orang melayu yang dapat memartabat dan membela orang melayu di Malaysia tercinta ini....

Monday, September 8, 2008

RAKYAT KEDAH KINI

Apakah yang berlaku kepada rakyat Kedah sekarang ini. Apakah perubahan yang dilaksanakan di negeri Kedah dibawah pemerintahan baru ini. Yang ternyata sekali rakyat Kedah tetap macam dulu. Apa yang dikatakan Kedah Sejahtera hanyalah pada kertas dan mulut sahaja.
Yang Sejahteranya adalah wakil-wakil rakyat baru yang rata-ratanya tidak tahu melaksanakan tugas setelah digelar pemerintah. Harapan Baru Malaysia juga tidak menampakkan sebarang perubahan. Apapun alasan yang diberikan apabila semua janji tak dilaksanakan kerana tidak memerintah pusat. Allah s.w.t memberikan negeri ini untuk ditadbir. Jika negeri pun tidak boleh mentadbir manakan pulak negara..