Saturday, September 27, 2008

PERLUKAH PERALIHAN KUASA MAC

Umum telah mengetahui MT Umno telah bersepakat mengadakan Perhimpunan Agong UMNO pada mac tahun hadapan. Keputusan ini dikatakan adalah kehendak akar umbi. Apakah ianya merupakan kehendak akar umbi atas kehendak pihak atasan. kalau kehendak akar umbi mengapa tidak menunggu persidangan Bahagian selepas menyambut Aidilfitri ini. Kenapa menipu ahli-ahli UMNO untuk kepentingan peribadi.
Harapan agar ketelusan dalam membuat sesuatu keputusan supaya dihormati dan diterima oleh semua ahli yang sayangkan UMNO bukan untuk menjaga peribadi mana-mana pihak. Tun Dr Mahathir pun pernah menjelaskan kenapa beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dalam keadaan memerlukannya. beliau secara sinis menjawab berhenti sebelum kenyang. Harapan ahli-ahli yang sayangkan UMNO adalah melihat kerajaan yang mementingkan kebajikan rakyat ini terus berkuasa. Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO juga memerlukan perubahan drastik dalam meyakinkan UMNO adalah satu-satunya parti "KERAMAT" orang melayu yang dapat memartabat dan membela orang melayu di Malaysia tercinta ini....

1 comment:

abu lola said...

hmm kalau lembu berpegang pada talinya..kalau manusia berpegang pada janjinya...kalau tak mengotai janji dan tak ada tali nak pegang kita nak panggil apa...