Sunday, November 2, 2008

APA SUDAH JADI MALAYSIA.

Tahun 2008, merupakan tahun yang amat bersejarah buat rakyat Malaysia. Tahun ini juga lima buah negeri yang dahulunya diperintah kerajaaan Barisan Nasional telah ditakluki pembangkang yang menggelarkan diri mereka Pakatan Rakyat. Ini juga ditambah dengan pengumuman Dato' Seri Andullah Ahmad Badawi yang akan mengundurkan diri sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri pada Mac tahun 2009.
Apapun yang berlaku sekarang ini semuanya ada hikmahnya. Rakyat telah sedar akan kesilapan mereka kerana memilih pemimpin yang salah. Pemimpin pembangkang ternyata telah melupakan segala prinsip parti mereka semata-mata kepentingan diri sendiri. Inilah yang berlaku sekarang ini. Lihat sahaja di Kedah, apabila banjir besar berlaku siapa yang banyak membantu, kerajaan negeri kah, ataupun kerajaan pusat kah? Apapun rakyat telah sedar dengan permainan politik kebanyakan pemimpin pembangkan ini. Harapan Baru Malaysia yang diperjuangkan Dato; Seri Anwar Ibrahim hanyalah omong kosong. Inilah pemimpin yang bertopengkan nafsu.

No comments: