Monday, January 5, 2009

Hukum Hudud Lagi 2009 Versi Pas

Tahun 2009 kini dijadikan tahun bagi Pas menggunakan isu Hudud untuk meraih undi bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Inilah permainan politik Pas. Agama di pergunakan untuk kepentingan politik. Harapannnya hanyalah untuk mendapat kerusi sahaja bagi menunjukkan bahawa parti ini kuat dan memperjuangkan Islam.

Rakyat sepatutnya sedar akan hal ini. Sebelum pilihanraya ke 12, rakyat dijanjikan pelbagai perkara akan dilaksanakan Pas sekerinya memerintah. Namun apa yang kita lihat sekarang ini hanyalah omong kosong. Yang diperjuangkan hanyalah untuk membina dan memperbesarkan kandang-kandang khinzir bagi memenuhi tuntutan masyarakat cina. Adakah ini perjuang Islam. Kita juga melihat senario yang berlaku di Klenatan, Hukum hudud yang ingin dilaksanakan hanyalah 7, padahal hukum hudud yang yang terkandunag didalam Al-Quran adalah 8 perkara. Inikah Parti Islam? Kenapa tidak dimasukkan 8? Adakah ianya untuk kepentingan pihak Pas sahaja. Kenapa menfitnah Tun Dr Mahathir mengatakan beliau menolak hukum Islam semasa beliau menjadi Perdana Menteri? Kenepa Tun menolak? Inilah sebabnya. Hukuman bagi hudud yang ke 8 iaitu bughah iaitu penderhaka kepada pemerintah tidak dimasukkan.

Dan yang terbaru, kenyataan Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang mengatakan sesiapa yang menyokong Pas masuk syurga. Adakah ini satu fatwa yang kalau dibiarkan akan menjadi isu yang sensitif. Apakah syurga neraka ditangan manusia ataupun Allah swt. Kenapa manusia begitu rakus untuk mendapatkan kepentingan diri..

No comments: